9W2ADO
  Login or Daftar
::  Home  ::  Downloads  ::  Your Account  ::  Forums  ::
Modules
· Utama
· Advertising
· AvantGo
· bukutamu
· Callsign dari SKMM
· Carian_RAE
· Content
· Downloads
· ePayment_SKMM
· Feedback
· Forums
· Journal
· Kod_Warna
· Members List
· odp
· Peperiksaanonline
· PHP-Nuke_Tools
· Private Messages
· Qcode
· rakanradio
· Search
· Statistics
· Stories Archive
· Submit News
· Top 10
· Topics
· Web Links
· Your Account
Content
· Callsign Prefix dan Suffix
· Prosedur Operator Radio Amatur
· QRP Dummy Load
Who's Online
Saat ini ada, 108 tetamu 0 ahli yang sedang online.

Anda bukan ahli. Anda boleh mendaftar percuma dengan mengklik di sini
Info Pengguna
Selamat Datang, Anonymous
Nama Login
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terakhir: zamani
Yang baru hari ini: 0
Yang baru semalam: 0
Semuanya: 2373

Orang yang Online:
Pengunjung: 108
Ahli: 0
Jumlah: 108
Geo Country City

flash counter


clock counter
Mares
·Promosi AGM 2017
·
·Notis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MARES kali ke 16, 2017

selengkapnya...
ITU
·Press Release: Arab States define key ICT development priorities
·Press Release: Sound advice from ITU to keep TV volume in check
·Press Release: ITU joins international effort to assist Haiti
·Press Release: 3D TV moves into focus
·Media Advisory: Fully Networked Car @ Geneva Motor Show
·Press Release: Ministerial Forum takes concerted action towards anICT-strengthened Cambodia/Lao/Myanmar/Viet Nam subregion
·Press Release: Europe Region meeting defines key ICT developmentpriorities
·Press Release: ITU's call to Copenhagen: ICTs must be part of thesolution
·Press Release: ITU Connect CIS Summit calls for investment in ICT -Broadband access, digital broadcasting aim to stimulate economic growth anddevelopment
·Press Release: Global ICT regulators share vision of tomorrow's networksand services

selengkapnya...
ARRLAmateurRadio
·The K7RA Solar Update
·ARRL Receives Byrd Antarctic Expedition Morse Key, Historical Materials
·KE4PT and W4RQ Win the February QST Cover Plaque Award
·IARU Secretary Presents ARRL Antenna Book CD During Visit to Federation of Radio Amateurs of Cuba
·W1AW/7 to be on the Air from ARRL Southwestern Division Convention
·ARRL Headquarters Will Be Closed on Presidents’ Day
·Ham Radio “a Special Hobby,” Young ARRL Member Tells College Publication
·The Doctor Will See You Now!
·Great Club Log Hardware Shuffle Complete
·Ducie Island 2018 DXpedition Plans Coming Together for this Fall

selengkapnya...
Siti FM
CT FM


Live Traffic Feed
Real-Time Visitor


Jasin kaya sejarah silam
Dihantar pada Thursday, 23 July 2009 oleh admin
Dari Akhbar/Majalah Jasin kaya sejarah silam
Oleh NAS NORZIELA NASBAH
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 22 Julai - Usaha Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), menganjurkan program Pengisahan Sejarah Daerah Jasin yang diadakan di Muzium Pertanian baru-baru ini menghurai keunikan daerah Jasin.

Mungkin ramai penduduk setempat tidak mengetahui mengenai daerah itu secara terperinci tetapi melalui usaha yang dijalankan oleh Perzim ia telah menjelaskan segala-galanya.

Tumpuan mata di kalangan pelajar dan tetamu yang hadir pada program tersebut terpukau dengan kepetahan Tokoh Sejarah dan Budayawan Negeri Melaka, Tan Sri Abdul Aziz Tapa mengimbas kembali sejarah awal penubuhan Jasin.



Jasin merupakan salah satu dari tiga daerah di Melaka dan mempunyai keluasan 67,779 hektar. Dengan adanya 20 buah mukim, Jasin menjadi daerah yang terbesar berbanding Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Sejarah awal pembukaan bandar itu bermula pada tahun 1918 lebih dikenali sebagai Kesang Pajak, nama yang diberikan mengikut aliran sungai.

Bagaimanapun, tragedi kebakaran telah mengubah kedudukannya sebagai sebuah pekan kecil.

Seorang pendatang berbangsa Bugis, Mat Yassin membangunkan semula kawasan itu pada tahun 1928. Usaha beliau mendapat kerjasama pihak Inggeris sehingga Yassin menjadi begitu akrab dengan seorang Residen Inggeris yang memanggilnya dengan panggilan Jasin.


Dengan 'telo' Inggeris, nama Mat Yassin menjadi Jasin dan nama itu terus dipilih sebagai nama daerah yang kekal hingga hari ini.

Berdasarkan berkuatkuasanya undang-undang Malaysia melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976, seperti mana juga dengan penguasa-penguasa tempatan yang lain di negara ini, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) ditubuhkan pada tahun 1959. Ia telah diberi pengiktirafan sebagai Majlis Daerah Jasin pada 1 Julai 1978.

Jasin dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Percaya atau tidak, mengikut cerita kisah lampau, rombongan meminang Puteri Gunung Ledang itu merentasi hutan dengan melalui Jasin.

Semasa dalam perjalanan, Tun Mamat dan rombongannya singgah berehat di Jasin dan tempat singgahannya itu ialah di Rim.

Semasa singgah di Rim, Tun Mamat dikatakan telah menggali sebuah telaga dan kini dikenali Telaga Tun Mamat.

Telaga tersebut terletak di kawasan Rim, Jasin tetapi malangnya telaga itu telah ditimbus untuk melaksanakan projek padang bola sepak.

Lagi kisah mengenai Jasin di zaman Kesultanan Melaka di dalam Hikayat Hang Tuah di mana ia menceritakan bagaimana pahlawan itu telah difitnah hingga dihukum mati.

Bendahara Tun Perak telah ditugaskan untuk menjalankan hukuman tersebut tetapi ia tidak dilaksanakan kerana mengetahui dia tidak bersalah.

Tempat Hang Tuah disembunyikan itu ialah di Hulu Melaka dan kini dikenali sebagai Hulu Duyung. Kini Hulu Duyung yang dimaksudkan itu terletak di Bemban dalam daerah Jasin.


Ini membuktikan Jasin merupakan antara daerah yang tertua dan banyak menyimpan kisah-kisah sejarah unik jika dikaji secara terperinci.

Jasin kini berkembang pesat dengan adanya pelbagai kemudahan awam dan bangunan yang didirikan bagi keselesaan penduduknya sendiri.

Ini membuktikan penduduk Jasin kini mampu bergerak seiring dan ramai tokoh-tokoh terkenal berasal daripada Jasin sendiri.

Antaranya ialah Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba yang pernah bertanding bagi kawasan Parlimen Jasin. Juga Tan Sri Wira Haji Abdul Aziz Tapa yang merupakan tokoh sejarah Jasin.


Catatan: Sumber: Utusan Malaysia 23/07/09
 
Link Berkaitan
· Lebih Banyak Tentang Dari Akhbar/Majalah
· Berita oleh admin


Paling banyak dibaca mengenai Dari Akhbar/Majalah:
BERITA DARI MELAKA HARI INI

Nilai Artikel
Rata-rata Skor: 0
Pemilih: 0

Mohon luangkan waktu anda untuk menilai artikel ini:

Luar Biasa
Sangat baik
Baik
Biasa
Buruk

Pilihan

 Versi Cetak Versi Cetak

Topik Bersektu

Dari Akhbar/Majalah

"Jasin kaya sejarah silam" | Masuk/Buat Akaun | 1 komen | Mencari Perbincangan
Komen adalah milik pengirimnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan.

Anda tidak dibolehkan mengirim komen, sila daftar DISINI

Re: Jasin kaya sejarah silam (Nilai: 1)
oleh h4dl81wd pada Friday, 05 November 2010
(Maklumat Pengguna | Hantar Pesanan)
9tur.ru [9tur.ru] minewsroundup.com [minewsroundup.com] 2mus.ru [2mus.ru] lab-stereotipov.net [lab-stereotipov.net] namtovarovedam.ru [namtovarovedam.ru]


Akses Anda Ke Laman ini
Kaunter akses ini bermula pada 20hb April 2011 jam 01.00 pagi
Setelah segala kesulitan yang dialami dapat diatasi pada laman web in

Web site powered by PHP-NukeLawan Spam! Klik Sini! Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Semua logo dan cap dagang di laman ini adalah milik dari pemiliknya masing-masing. Komen adalah milik poster mereka, semua hak milik 2009 oleh 9w2ado/ultramaya.
Anda boleh sindikat berita kami menggunakan fail backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Generasi halaman: 1.53 saat

:: AcidTechBlue phpbb2 style by Freestyle XL / Flowers Online :: Theme Php-Nuke by Jhon Doe ::