9W2ADO
  Login or Daftar
::  Home  ::  Downloads  ::  Your Account  ::  Forums  ::
Modules
· Utama
· Advertising
· AvantGo
· bukutamu
· Callsign dari SKMM
· Carian_RAE
· Content
· Downloads
· ePayment_SKMM
· Feedback
· Forums
· Journal
· Kod_Warna
· Members List
· odp
· Peperiksaanonline
· PHP-Nuke_Tools
· Private Messages
· Qcode
· rakanradio
· Search
· Statistics
· Stories Archive
· Submit News
· Top 10
· Topics
· Web Links
· Your Account
Content
· Callsign Prefix dan Suffix
· Prosedur Operator Radio Amatur
· QRP Dummy Load
Who's Online
Saat ini ada, 108 tetamu 0 ahli yang sedang online.

Anda bukan ahli. Anda boleh mendaftar percuma dengan mengklik di sini
Info Pengguna
Selamat Datang, Anonymous
Nama Login
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terakhir: zamani
Yang baru hari ini: 0
Yang baru semalam: 0
Semuanya: 2373

Orang yang Online:
Pengunjung: 108
Ahli: 0
Jumlah: 108
Geo Country City

flash counter


clock counter
Mares
·Promosi AGM 2017
·
·Notis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MARES kali ke 16, 2017

selengkapnya...
ITU
·Press Release: Arab States define key ICT development priorities
·Press Release: Sound advice from ITU to keep TV volume in check
·Press Release: ITU joins international effort to assist Haiti
·Press Release: 3D TV moves into focus
·Media Advisory: Fully Networked Car @ Geneva Motor Show
·Press Release: Ministerial Forum takes concerted action towards anICT-strengthened Cambodia/Lao/Myanmar/Viet Nam subregion
·Press Release: Europe Region meeting defines key ICT developmentpriorities
·Press Release: ITU's call to Copenhagen: ICTs must be part of thesolution
·Press Release: ITU Connect CIS Summit calls for investment in ICT -Broadband access, digital broadcasting aim to stimulate economic growth anddevelopment
·Press Release: Global ICT regulators share vision of tomorrow's networksand services

selengkapnya...
ARRLAmateurRadio
·The K7RA Solar Update
·ARRL Receives Byrd Antarctic Expedition Morse Key, Historical Materials
·KE4PT and W4RQ Win the February QST Cover Plaque Award
·IARU Secretary Presents ARRL Antenna Book CD During Visit to Federation of Radio Amateurs of Cuba
·W1AW/7 to be on the Air from ARRL Southwestern Division Convention
·ARRL Headquarters Will Be Closed on Presidents’ Day
·Ham Radio “a Special Hobby,” Young ARRL Member Tells College Publication
·The Doctor Will See You Now!
·Great Club Log Hardware Shuffle Complete
·Ducie Island 2018 DXpedition Plans Coming Together for this Fall

selengkapnya...
Siti FM
CT FM


Live Traffic Feed
Real-Time Visitor


Gelombang berlesen
Dihantar pada Wednesday, 03 September 2008 oleh admin
Dari Akhbar/MajalahGelombang berlesen
Kumpulan radio amatur Malaysia bantu pihak berkuasa hadapi saat kecemasan, bencana alam



SEBAIK memasuki sebuah bilik di rumah seorang pengarah urusan sebuah syarikat, seolah-olah berada di bilik kawalan lapangan terbang.

Kamsol Warjan seorang radio amatur yang berhabis hingga RM80,000 untuk melengkapkan sebuah bilik khas di rumahnya dengan pelbagai peralatan canggih kerana minat itu. Di bilik itu, Kamsol, berhubung dengan teman radio amatur seluruh dunia.

Apakah radio amatur? Istilah ini sebenarnya merujuk kepada sekumpulan manusia di seluruh dunia yang berkomunikasi melalui pelbagai frekuensi radio dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan pemancar tanpa wayar. Seperti konsep walkie talkie, komunikasi radio amatur terhad kepada hubungan dua hala.




Bagi Kamsol minat terhadap radio amatur bercambah menerusi hobinya, menyertai ekspedisi kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang menyebabkan dia sering masuk ke dalam hutan pada pertengahan tahun 1990-an.

Telefon bimbit memang tidak berguna dalam hutan kerana tiada liputan. Walkie talkie pula hanya boleh digunakan pada jarak tertentu.

"Ramai kawan yang menyertai ekspedisi 4WD menggunakan radio amatur yang terbukti berkesan di tempat terpencil seperti hutan, katanya.

Didorong minat dan galakan rakan, Kamsol menduduki ujian yang diwajibkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan mendapat lesen radio amatur kelas B pada 2001, diikuti kelas A empat tahun berikut.

Minat Kamsol terhadap radio amatur cukup mendalam menyebabkannya membeli pelbagai peralatan komunikasi canggih.

Sebenarnya jika hendak berkomunikasi, peralatan biasa sudah memadai. Bagaimanapun, peralatan lebih canggih diperlukan untuk menghubungi teman radio amatur luar negara, terutama yang jauh seperti Amerika Syarikat, katanya.

Antara pengalaman menariknya ialah ketika menyertai Ekspedisi Petronas Siberia 2002.

Di sempadan China dan Mongolia, saya berhubung dengan rakan di tanah air. Itulah tempat paling jauh saya menggunakan peralatan radio amatur. Kalau telefon bimbit, mustahil untuk buat begitu, katanya.

Selain itu, katanya menerusi radio amatur, katanya mudah mendapat rakan di luar negara dan ini berguna apabila hendak pergi ke luar negara.

Saya pernah pergi ke Filipina. Seminggu sebelum ke sana, saya berkomunikasi dengan ahli radio amatur di sana untuk mendapat maklumat seperti hotel yang sesuai. Mereka bukan saja memberi maklumat itu, malah sanggup menunggu di lapangan terbang, katanya.

Selain berkomunikasi dan mendapat teman baru, Kamsol yang juga Naib Presiden Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (Mares) berkata, penggunaan radio amatur sebenarnya sangat luas.

Presiden Mares, Abdul Aziz Mohd Noor, berkata antara sumbangan ahli radio amatur ialah apabila bencana alam berlaku.

Katanya, Mares yang ditubuhkan untuk menggembleng kepakaran ahli membantu pihak berkuasa kerana ketika bencana alam seperti banjir besar, komunikasi menggunakan talian tetap dan telefon bimbit terhenti.

Bagaimanapun, katanya radio amatur dengan kelebihan frekuensi radio tanpa had dengan peralatan canggih membolehkan komunikasi terus berfungsi, sekali gus membantu gerakan mencari dan menyelamat.

Katanya, ahli radio amatur aktif menyertai gerakan menyelamat seperti tragedi Highland Towers pada 1993 dengan menyediakan kemudahan komunikasi menghubungkan tempat kejadian dan Hospital Kuala Lumpur.

Selepas itu, katanya beberapa kejadian seperti kilang bunga api meletup di Rawang, tanah runtuh di Pos Dipang, Kampar dan ribut Greg di Keningau.

Ini menyebabkan sekumpulan radio amatur memutuskan untuk menubuhkan Mares pada Jun 2002, katanya.

Sejak itu, Mares memberikan bantuan dalam beberapa tragedi seperti kapal terbang terhempas di Genting Bidai dekat Bentong, Pahang pada 2004, malah ke Meulaboh, Acheh dan Medan, Indonesia, selepas bencana tsunami.

Kali terakhir ialah akhir tahun lalu dan awal tahun ini untuk membantu pihak berkuasa dan pertubuhan bukan kerajaan ketika banjir besar di Johor.

Sementara itu Presiden Malaysian Amateur Radio Transmitters Society (Marts), Syed Shehan Syed Sultan, berkata ada pelbagai aktiviti ahli radio amatur seperti bercakap dan mendengar perbualan ahli lain.

Bagaimana, katanya mendengar dan bercakap adalah kegiatan sampingan dengan matlamat utama menggalakkan ahli melakukan uji kaji atau reka cipta.

Ada ahli yang boleh memasang peralatan radio amatur seperti radio dan antena hingga boleh digunakan untuk berkomunikasi.

Mereka dipandang tinggi dan dihormati apabila ahli radio amatur lain mendapat tahu bahawa peralatan yang digunakan adalah `homebrew atau dipasang sendiri, katanya.

Beliau berkata, radio amatur bukan hobi untuk golongan mewah seperti sangkaan sesetengah pihak, tetapi disertai semua peringkat masyarakat.

Saya mengenali Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat terkemuka menjadi radio amatur. Pada masa sama, ada peniaga kecil seperti penjual ikan meminati hobi yang sama kerana harga peralatan asas tidak terlalu mahal (antara 400 hingga RM500), katanya.

Katanya, memiliki lesen kelas A juga diwajibkan terhadap setiap angkasawan, termasuk dua calon angkasawan negara.

Malah, katanya ahli radio amatur di bumi boleh berkomunikasi dengan angkasawan negara di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), Oktober ini.

The New Straits Times Press (M) Berhad
 
Link Berkaitan
· Lebih Banyak Tentang Dari Akhbar/Majalah
· Berita oleh admin


Paling banyak dibaca mengenai Dari Akhbar/Majalah:
BERITA DARI MELAKA HARI INI

Nilai Artikel
Rata-rata Skor: 0
Pemilih: 0

Mohon luangkan waktu anda untuk menilai artikel ini:

Luar Biasa
Sangat baik
Baik
Biasa
Buruk

Pilihan

 Versi Cetak Versi Cetak

Topik Bersektu

Dari Akhbar/MajalahHam RAdio

"Gelombang berlesen" | Masuk/Buat Akaun | 0 komen
Komen adalah milik pengirimnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan.

Anda tidak dibolehkan mengirim komen, sila daftar DISINI
Akses Anda Ke Laman ini
Kaunter akses ini bermula pada 20hb April 2011 jam 01.00 pagi
Setelah segala kesulitan yang dialami dapat diatasi pada laman web in

Web site powered by PHP-NukeLawan Spam! Klik Sini! Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Semua logo dan cap dagang di laman ini adalah milik dari pemiliknya masing-masing. Komen adalah milik poster mereka, semua hak milik 2009 oleh 9w2ado/ultramaya.
Anda boleh sindikat berita kami menggunakan fail backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Generasi halaman: 1.51 saat

:: AcidTechBlue phpbb2 style by Freestyle XL / Flowers Online :: Theme Php-Nuke by Jhon Doe ::