9W2ADO
  Login or Daftar
::  Home  ::  Downloads  ::  Your Account  ::  Forums  ::
Modules
· Utama
· Advertising
· AvantGo
· bukutamu
· Callsign dari SKMM
· Carian_RAE
· Content
· Downloads
· ePayment_SKMM
· Feedback
· Forums
· Journal
· Kod_Warna
· Members List
· odp
· Peperiksaanonline
· PHP-Nuke_Tools
· Private Messages
· Qcode
· rakanradio
· Recommend Us
· Search
· Statistics
· Stories Archive
· Submit News
· Top 10
· Topics
· Web Links
· Your Account
Content
· Callsign Prefix dan Suffix
· Prosedur Operator Radio Amatur
· QRP Dummy Load
Who's Online
Saat ini ada, 16 tetamu 0 ahli yang sedang online.

Anda bukan ahli. Anda boleh mendaftar percuma dengan mengklik di sini
Info Pengguna
Selamat Datang, Anonymous
Nama Login
Katalaluan
(Daftar)
Keahlian:
Terakhir: zamani
Yang baru hari ini: 0
Yang baru semalam: 1
Semuanya: 2373

Orang yang Online:
Pengunjung: 16
Ahli: 0
Jumlah: 16
Geo Country City

flash counter


clock counter
Mares
·Promosi AGM 2017
·
·Notis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MARES kali ke 16, 2017

selengkapnya...
ITU
·Press Release: Arab States define key ICT development priorities
·Press Release: Sound advice from ITU to keep TV volume in check
·Press Release: ITU joins international effort to assist Haiti
·Press Release: 3D TV moves into focus
·Media Advisory: Fully Networked Car @ Geneva Motor Show
·Press Release: Ministerial Forum takes concerted action towards anICT-strengthened Cambodia/Lao/Myanmar/Viet Nam subregion
·Press Release: Europe Region meeting defines key ICT developmentpriorities
·Press Release: ITU's call to Copenhagen: ICTs must be part of thesolution
·Press Release: ITU Connect CIS Summit calls for investment in ICT -Broadband access, digital broadcasting aim to stimulate economic growth anddevelopment
·Press Release: Global ICT regulators share vision of tomorrow's networksand services

selengkapnya...
ARRLAmateurRadio
·Logbook of the World to Add Support for CQ WAZ Award
·Norway Completes Transition to Digital Audio Broadcasting
·The Doctor Will See You Now!
·FCC Proposes $25,000 Fine for Breaking Now-Voluntary Labeling Rules
·ARRL Foundation Announces Ozaukee Radio Club, W9CQO, Scholarship:
·Radio Anniversaries Abound in December
·South African Radio League to Host 2018 YOTA Camp
·Goldfarb Scholarship Winner Accepts “Amazing Opportunity” to Intern for NASA
·Amateur Radio Volunteers Active in Latest Round of California Wildfires
·January 2018 QST Debuts Fresh, New Design

selengkapnya...
Siti FM
CT FM


Live Traffic Feed
Real-Time Visitor


Bermula sebagai hobi
Dihantar pada Thursday, 02 April 2015 oleh admin
Ham RAdio

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


BERMULA sebagai hobi, Mohamad Fadzil Omar, 45, kini merupakan salah seorang daripada 12,000 pengendali radio amatur berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di negara ini.

Pengalaman berkhidmat selama 22 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam bidang elektronik dan komunikasi merupakan titik tolak kepada minat Mohamad Fadzil terhadap bidang itu.

Selepas bersara daripada ATM enam tahun lalu, dia yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang aktif berhubung dengan rakan-rakan dalam Persatuan Peminat Komunikasi Dua Hala Selangor (PRADAS) dan kelab radio amatur yang lain.

Baginya, radio amatur merupakan salah satu alat komunikasi tanpa sempadan yang boleh menghubungkan pengguna di seluruh dunia.



Radio amatur merupakan salah satu cara untuk mendapat maklumat dengan pantas melalui perbualan pengendalinya tidak kira dalam atau luar negara. Selain itu, bahasa perbualan juga tidak menjadi satu halangan yang besar kerana kami menggunakan isyarat panggilan, ujarnya yang kini merupakan Pakar Teknikal Radio Komunikasi syarikat One Communications di Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Radio amatur merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi secara terus dengan rakan-rakan sesama hobi walaupun tidak pernah bersua muka di antara satu sama lain.

Lesen

Sebelum mengendalikan radio amatur, setiap pengguna perlu mengambil lesen kelas A atau B daripada SKMM yang memerlukan pengguna radio amatur menduduki peperiksaan bagi kelas-kelas lesen tersebut.

Setiap pengguna radio amatur memerlukan lesen tersebut dan boleh berkomunikasi dengan pengendali lain di dalam pelbagai frekuensi yang telah ditetapkan oleh SKMM. Namun bagi pengguna radio komersial pula, ia hanya terbuka kepada ahli yang berdaftar dengan sesebuah kelab radio komersial.


ROSLAN menunjukkan antara jenama pemancar radio dari Amerika Syarikat dan Jepun yang dijual di One Communications.

Kelab radio komersial perlu mendaftar dengan SKMM untuk mendapatkan frekuensi yang sah. Ahli kelab radio komersial hanya boleh berkomunikasi dalam frekuensi kelab tersebut.

Jelas Mohamad Fadzil, selain berkomunikasi bersama rakan-rakan, penggunaan radio amatur boleh digunakan sebagai alat penting ketika berlakunya kejadian bencana kepada pihak kerajaan dan pasukan penyelamat.

Saya pernah terlibat dalam misi bantuan banjir di Temerloh, Pahang hujung tahun lalu. Saya dan pengendali radio amatur yang lain menjadi pasukan sokongan membantu hubungan komunikasi antara Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dengan pusat pemindahan.

Saya juga menggunakan radio amatur di dalam kereta. Melalui cara itu, saya dapat mengetahui maklumat mengenai kesesakan lalu lintas daripada rakan-rakan lain, ujarnya yang juga merupakan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

Secara teknikal, frekuensi radio amatur yang kebiasaannya digunakan di Malaysia ialah 144 hingga 148 megahertz (MHz) di dalam saluran frekuensi yang sangat tinggi (VHF).

Jelas Mohamad Fadzil yang menggunakan isyarat panggilan 9W2SMF, jenis mod frekuensi pemancar radio terbahagi kepada dua iaitu analog dan digital.

Beliau merupakan pengguna kepada kedua-dua kategori pemancar radio itu. Baginya, pemancar radio digital lebih mudah dikendalikan, isyarat yang diterima juga jelas di samping tahap keselamatannya terjamin.

Pemancar radio yang digunakan oleh pengendali radio amatur juga perlu sentiasa diservis dan diperiksa untuk memastikan pemancar radio tersebut berada didalam keadaan baik.

Langkah asas yang sering dilakukan oleh Mohamad Fadzil di One Communications ialah dia akan memeriksa isyarat dan bunyi melalui mesin penjana isyarat.

Sekiranya peralatan itu mempunyai masalah penyelarasan bacaan penerimaan dan penghantaran frekuensi, ia akan diuji serta dibaiki menggunakan mesin analisis spektrum dan juga alatan yang lain.

Langkah akhir, mesin kuasa meter (Power Meter) dan nisbah gelombang (Standing Wave Ratio) digunakan untuk memastikan antena pada pemancar radio sepadan dengan frekuensi.


DARI kiri: Mohamad Fadzil bersama staf One Communications, Mohamad Hafiz Harun dan Roslan menunjukkan lesen pengendali radio amatur kelas B SKMM.

Pusat sehenti

Dalam pada itu, One Communications merupakan sebuah pusat sehenti menjual peralatan radio komunikasi yang merangkumi radio amatur, radio marin, radio komersial dan radio jalur udara.

Bermula kira-kira 12 tahun lalu, perniagaan yang diterajui oleh Roslan Rashid, 30, itu bergerak secara serius sejak 2008 setelah Roslan mengambil alih syarikat tersebut yang diasaskan oleh abangnya.

Bermula tahun lalu, syarikat tersebut telah mengembangkan perniagaan dalam bidang teknologi Very Small Aperture Terminal (VSAT) iaitu sistem penerimaan data dari satelit.

Syarikat perkapalan, sektor minyak dan gas milik bumiputera merupakan antara klien utama One Communications.

Roslan memberitahu, pelanggan yang membeli radio amatur di syarikat itu terdiri daripada individu berusia 18 hingga 90 tahun yang hanya memiliki lesen daripada SKMM.

Selain rakyat negara ini, pengendali radio amatur dari Belanda, Itali, India, Jepun, Arab Saudi, Bangladesh dan beberapa negara lain turut membeli peralatan radio amatur di One Communications.

One Communications hanya menjual peralatan radio komunikasi yang asli dan berkualiti yang majoritinya jenama dari Jepun dan Amerika Syarikat. Selain menjual pelbagai radio, kami juga menyediakan servis sewaan kepada syarikat dari pelbagai industri sebagai contoh sektor minyak dan gas, pengendali pengurusan acara dan kumpulan rekreasi, ujarnya ketika ditemui Infiniti baru-baru ini.

Antara jenama pemancar radio yang dijual di One Communications ialah Kenwood, Icom, Yaesu dan Motorola. Selain itu, aksesori dan alat ganti pemancar seperti antena turut dijual kepada pelanggan.

Harga sesebuah pemancar radio juga bergantung kepada fungsi dan teknologi. Harganya bermula RM200 hingga mencecah nilai RM60,000 dan ke atas.


MOHAMAD FADZIL menanyakan keadaan lalu lintas di ibu negara kepada rakan-rakannya menerusi pemancar radio yang dipasang di dalam kereta Toyota Pajero miliknya.

Transformasi

Jelas Roslan, bagi pengguna radio yang berlesen yang menjadikan radio amatur sebagai hobi, peralatan yang biasa digunakan oleh mereka dianggarkan berharga RM200 hingga RM3,000.

One Communications kini sedang melakukan transformasi penjualan pemancar radio berfrekuensi analog kepada digital. Penggunaan pemancar radio digital akan memudahkan pengendali yang menjadikan peralatan ini sebagai alat komunikasi utama dalam menjalankan tugas.

Uniknya mengenai radio berfrekuensi digital, ia boleh diubah kepada analog. Ini membolehkan transformasi ini dilakukan secara berperingkat sejajar dengan saranan yang dibuat oleh pihak SKMM.

Setakat ini, One Communications merupakan antara syarikat yang memasarkan radio berfrekuensi digital kepada pengendali di seluruh Malaysia, ujarnya yang merupakan Pengarah Urusan syarikat itu.

Terbaharu, One Communications telah dipelawa untuk menjadi pembekal terawal produk pemancar radio digital keluaran syarikat dari United Kingdom iaitu Sepura PLC di negara ini. Kerjasama ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat dan ia akan membantu proses transformasi analog ke digital berjalan dengan lebih lancar.

Setiap pemancar radio yang dijual mempunyai jaminan selama setahun atau dua tahun. Jaminan itu juga terhad kepada kerosakan pengilang sahaja tanpa mengambil kira kecuaian pengguna.

Selain radio amatur, telefon satelit juga merupakan antara peralatan yang mendapat permintaan tinggi di syarikat tersebut.

Selain itu, syarikat tersebut turut menaja empat buah pemancar radio untuk pasukan kereta lumba rali tempatan iaitu One Motorsports semasa perlumbaan Kejuaraan Rali Asia Pasifik di Johor baru-baru ini.



Catatan: Punca : Kosmo Online
2 April 2015
 
Link Berkaitan
· Lebih Banyak Tentang Ham RAdio
· Berita oleh admin


Paling banyak dibaca mengenai Ham RAdio:
Build Your Own AS-2259 Type NVIS Antenna

Nilai Artikel
Rata-rata Skor: 0
Pemilih: 0

Mohon luangkan waktu anda untuk menilai artikel ini:

Luar Biasa
Sangat baik
Baik
Biasa
Buruk

Pilihan

 Versi Cetak Versi Cetak

Topik Bersektu

Ham RAdio

"Bermula sebagai hobi" | Masuk/Buat Akaun | 0 komen
Komen adalah milik pengirimnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan.

Anda tidak dibolehkan mengirim komen, sila daftar DISINI
Akses Anda Ke Laman ini
Kaunter akses ini bermula pada 20hb April 2011 jam 01.00 pagi
Setelah segala kesulitan yang dialami dapat diatasi pada laman web in

Web site powered by PHP-NukeLawan Spam! Klik Sini! Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Semua logo dan cap dagang di laman ini adalah milik dari pemiliknya masing-masing. Komen adalah milik poster mereka, semua hak milik 2009 oleh 9w2ado/ultramaya.
Anda boleh sindikat berita kami menggunakan fail backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Generasi halaman: 1.88 saat

:: AcidTechBlue phpbb2 style by Freestyle XL / Flowers Online :: Theme Php-Nuke by Jhon Doe ::